Monday, May 5, 2008

Kenapa saya suka menulis?

Yang Kecil Menjadi Besar
Saya anak sulung dalam 18 adik beradik. Berasal daripada sebuah daerah kecil di Perak. sewaktu kecil saya hanya bercita-cita mahu menjadi seorang jururawat atau taukeh kedai runcit sahaja.
Namun perjalanan masa telah telah menelantarkan saya ke sebuah dunia alam pekerjaan yang amat menyeronokkan iaitu `kewartawanan'. Tiga puluh tahun lampau apabla saya mula tiba di Kuala Lumpur, saya telah bekerja di sebuah percetakan kepunyaan bumiputera di Brickfields. Pekerjaan awal saya hanyalah sebagai seorang `costing clerck' dan pembaca pruf sahaja.
Namun dari tahun ke tahun saya mula mempelajari segala yang berkaitan dengan dunia percetakan. Ini termasuklah penjenisan kertas, dakwat, mesin cetak dan bermacam-macam lagi.
Akhirnya saya mahir dan boleh membuat costing job.
Akibat daripada salah pengurusan, percetakan ini dilelong dan saya menjadi kakitangan terakhir yang meninggalkan premis kilang percetakan sewaktu kerja-kerja lelongan dijalankan... Cuba bayangkan bagaimana perasaan anda apabila duduk di tempat saya ketika itu?

Salah Urus Takbir Jali Terlingkup!
Sistem pengurusan perniagaan orang Melayu di tahun-tahun tujuh puluhan memang teruk. Bayangkanlah melalui pinjaman Mara, wang dijolikan sehingga perniagaan lintang-pukang dan terpaksa menghadapi tindakan undang-undang termasuklah lelong dan pelbagai lagi. Sudahlah begitu caruman EPF pekerja pun tidak dicarum. Akibatnya pekerjalah yang menderita...
Inilah liku-liku awal yang saya terima sewaktu mula-mula bertapak di Kuala Lumpur.
Kebetulan bekas majikan saya ini juga adalah seorang bekas wartawan senior. Namun kerana berminat untuk menjadi seorang usahawan dan orang politik, dia bergelanggang di dalam sebuah gelanggang tanpa persiapan yang cukup!

Pokok Tumbang Menimpa Gerai Rangsang Jadi Wartawan
Oleh kerana saya bekerja di syarikatnya, banyak hal berkaitan kewartawanan telah terdedah sedikit demi sedikit kepada saya secara tidak langsung.Ini termasuklah peristiwa pokok tumbang menimpa gerai-gerai kecil di tepi jalan yang mengakibatkan sepasang suami isteri meninggal dunia di situ.
Peristiwa ini terjadi pada tahun 1974. Ketika kejadian ramai wartawan dan jurugambar mengunjungi tempat kejadian. Ia berlaku kira-kira setengah jam selepas saya makan di gerai tersebut.Kalau terlambat sikit mungkin saya juga sudah menjadi arwah...
Syukur ya Allah kerana Engkaulah yang menentukan jalur takdir kehidupanku!
Peristiwa itu mencetuskan kegemparan baru di dada-dada akhbar. Yang penting gambar bekas bos saya dan YAB. Allahyarham Tun Razak yang datang ke tempat kejadian turut mewarnai surat khabar... Muka depan lagi. Kerana bos saya dikenali di kalangan wartawan junior, kilang tempa percetakan tempat saya bekerja yang terletak tidak jauh daripada tempat kejadian menjadi tempat persinggahan.
Saya menjadi begitu `tergugah dan tertarik' dengan kerja-kerja kewartawanan.Aduhai seronoknya kerja mereka.Kalaulah saya boleh seperti mereka... Itulah angan-angan yang membara rasa saya ketika itu.Sehingga membuang jauh rasa ngeri kemalangan yang hampir meragut nyawa andai saya tidak lekas-lekas beredar daripada gerai bawah pokok yang tumbang itu!
Kawasan percetakan yang terletak di Brickfields itupun bukanlah elok sangat.Ia terletak dalam sebuah lorong yang membariskan hotel-hotel kawasan merah di situ. Tetapi saya yang begitu naif awalnya kerana baru terkeluar daripada kepompong kampung. Hanya mendengar nasihat daripada kawan-kawan senior yang lain dan kami tidak melalui barisan hotel kawasan merah, tetapi melalui jalan pintas di tepi longkang panjang yang kini betul-betul terletak di bawah stesen Monorail KL Sentral sekarang.
Kini setiap kali menaiki monorail di situ, mata tertumpu ke lokasi kenangan dan berlegar kenangan lalu memintas berputar-putar, kadang-kadang mengundang sebak dan air mata mengalir tanpa sedar.Semuanya sudah berubah tidak seperti 30 tahun yang lampau.
Daerah `kelam' Brickfields mengajar banyak pendidikan untuk saya menjadi penghuni Kuala Lumpur yang tak pernah menjanjikan apa-apa kecuali jika kita gigih dan teguh, seperti belantara batu yang menyeliputi rimbanya. Insya-Allah kejayaan bakal menanti di hadapan.
Sekarang apabila sesekali saya menoleh ke `belakang' di ke seluruhan episod jalur kehidupan yang saya lalui di `Kolej Brickfields', ya Allah banyak sungguh pengalaman ditempuhi. Sudah tentu ada pelbagai rasa dan perisa terangkum rencah yang mematangkan saya. Kerana Bricfields jugalah telah melontarkan saya ke dunia kewartawanan dan penulisan yang terus saya cintai hingga ke akhir nyawa insya-Allah!
Selepas percetakan dilelong bank, bekas bos saya telah memperkenalkan kepada Allahyarham Pak Harun Hassan bekas wartawan dan Pengarang Utusan Melayu yang telah mendirikan Syarikat Amir Enterprise pada ketika itu. Bulan Mac 1976. Waktu itu Amir Enterprise Sdn.Bhd.
sedang rancak untuk menerbitkan Majalah KELUARGA, SARINA dan KISAH CINTA.
Inilah detik awal penceburan diri saya lebih aktif ke dalam dunia kewartawanan dan penulisan seperti yang telah saya nikmati sepeti sekarang...Kehidupan adalah sebuah novel fiksyen yang amat mengasyikkan jika pandai kita mengolah ceritanya untuk dikisahkan dalam sebuah kenyataan inilah punca kenapa saya suka menulis dan akan terus menulis...
Jangan lupa mengikuti catatan seterusnya!

15 comments:

@nu@r said...

Sedihnyer....

Anonymous said...

"punggah...." kata Maidin.

Anonymous said...

cucu apa kaba

Anonymous said...

buat letih aku masuk blog mu nih.....

Anonymous said...

aduih letih lagi sekali masuk blog ni...

Keri AlHaj said...

mak uda ni dah terlupa passwed ni... macam nak masuk blog kalau passwed tak hengat...

Anonymous said...

Salam, Mak Uda. Bila nak update blog ni? Cepatlah update. Take care

banyaknyer sawang...kui..kui..kui

Anonymous said...

Sup ni asalnya guna ayam, tapi ayam tak de stok u kat rumah. Oleh tu mat guna daging, tapi kan rasa dia sedap dan memang berbeza. Nak tau kena lah cuba sendiri ok.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g daging, hiris nipis dan lebar2
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk lumat2)
2 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar lada hitam biji, tumbuk kasar
1 batang saleri, dihiris
1 batang leek, dihiris
1 kiub tulang rusuk "Maggi" (optional)
2 camca besar sos BBQ Oriental jenama LIFE*
1 camca besar sos Hoisen LIFE*
2 camca besar sos Plum LIFE*
2 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh minyak bijan*(*bahan2 sos dan klik sini untuk lihat contoh sos....)
2 tiub tauhu jepun, dipotong 8 setiap tiub
10-12 biji cendawan butang, belah 2 setiap biji
Garam secukup rasa
1 biji lada merah, hiris
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang putih goreng utk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Daging digaul dengan halia dan bawang putih tumbuk dan perap 45 minit atau 1 jam, simpan dalam peti sejuk. Dalam periuk tuang air, anggaran 1.5 liter, masukkan bawang putih dan halia titik, cili merah cincang, kiub tulang rusuk, lada hitam, saleri, leek dan daging. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, renih hingga daging 1/2 lembut.
2. Masukkan semua bahan2 sos dan kacau rata. Renih lagi hingga daging lembut, masukkan cendawan dan tauhu, kacau perlahan2 untuk mengelakkan tauhu hancur. Didihkan perlahan, tambah garam secukup rasa dan biarkan masak 1 - 2 minit lagi.
3. Matikan api dan tabur hirisan cili merah, hirisan daun sup/daun bawang dan bawang putih goreng sebelum dihidangkan panas.....

Anonymous said...

Pakaian Aiman pada AJL ke-23 tonjol ciri maharaja berkaliber

HANYA kerana sehelai baju tiba-tiba nama komposer dan penyanyi lagu nasyid, Hafiz Hamidun menjadi panas dan diperkatakan ramai. Kekecohan itu berlaku apabila pakaian yang digayakan Aiman, penyanyi yang membawakan lagunya sewaktu pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dikatakan sarat dan menyerupai Firaun.

Kata-kata itu berlanjutan hingga ke laman forum sehingga ada yang mendakwa kekalahan lagu Dusta Berkalang yang bertanding atas tiket Etnik Kreatif itu disebabkan oleh pakaian itu. Kononnya, baju yang terlalu sarat itu menyebabkan si penyanyi tidak selesa lantas mengganggu persembahannya pada malam itu.
Justeru, sebagai orang yang bertanggungjawab mencipta imej Aiman malam itu, Hafiz adalah orang yang paling layak untuk dipersalahkan. Disebabkan cita rasanya yang cukup tinggi itu maka sehingga kini pakaian Aiman terus dijadikan bahan jenaka.

Apakah Hafiz tidak peka ataupun dia sengaja memperdajalkan penyanyinya itu demi kepuasan diri sendiri. Bertemu dengan Hafiz sewaktu majlis Untukmu Palestin anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Hip mendapatkan penjelasannya berhubung isu itu.

Hip: Boleh Hafiz komen sikit fasal baju yang dipakai Aiman pada malam AJL lalu kerana ada dakwaan yang mengatakan pakaian itu tidak sesuai buat Aiman?

Hafiz: Saya tahu ramai yang memperkatakan perkara itu sehingga ke hari ini. Baiklah, untuk mengelakkan kekeliruan, saya akan jelaskan segala-galanya dalam ruangan ini. Sebelum kami tampil dengan konsep pakaian sebegitu, apa yang tergambar dalam fikiran adalah saya mahukan imej Aiman malam itu seperti seorang Maharaja yang berkaliber. Selepas berbincang dengan penaja pakaian terbabit iaitu Y Productions, maka itulah yang terhasil. Itupun pada hari raptai penuh kami sudah buang separuh aksesori pakaian terbabit kerana kami sedar Aiman kelihatan tidak selesa dengan aksesori itu. Tujuan kami memakaikan Aiman dengan baju seperti itu adalah sekadar ingin memberikan impak terhadap persembahan keseluruhan dan bagi saya pakaian itu bersesuaian dengan konsep lagu berkenaan.

Hip: Apakah Hafiz ada berbincang dengan Aiman mengenai konsep pakaiannya pada malam itu?

Hafiz: Ya, kami ada berbincang dan dia bersetuju dengan apa yang saya sarankan. Malahan, pihak penganjur iaitu TV3 sendiri sudah menyatakan persetujuannya mengenai konsep pakaian Aiman pada malam itu selepas kami tunjukkan gambar. Tapi itulah, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Setiap orang ada tanggapan masing-masing yang sudah tentunya memang berbeza.

Hip: Tapi apakah Hafiz sedar yang pakaian Aiman itu menyerupai Firaun?

Hafiz: Saya ada dengar juga apabila ada orang menyamakan pakaian Aiman malam itu seperti Firaun. Saya menafikan perkara itu kerana pakaian Aiman dan imej Firaun memang jauh berbeza. Kalau Firaun, pakaiannya ada objek ular namun tidak pada Aiman. Lagipun sebelum tampil dengan konsep persembahan seperti ini, saya dan penulis lirik Fedtri sudah mengkaji sejarah. Kami mengambil latar Palestin untuk lagu ini dan ia ada kaitannya dengan lagu Dusta Berkalang ini.

Hip: Ada yang mengatakan sebab kekalahan lagu ini ialah Aiman tak selesa menyanyi gara-gara pakaian itu. Ulas sikit?

Hafiz: Sebenarnya saya amat berpuas hati dengan persembahan Aiman malam itu dan saya sangkal kekalahan itu berpunca daripada pakaian. Sebagai penyanyi baru, Aiman masih banyak lagi perlu belajar di atas pentas. Penampilan di atas pentas, masih lagi kurang kemas. Dia kena mahirkan diri lagi dalam tarian. Lagipun dia bersaing dengan artis yang sudah bertahap profesional. Pun begitu, dalam tempoh tidak sampai setahun bergelar artis, malam itu Aiman sudah menunjukkan persembahan yang meyakinkan dan saya percaya perubahan positif akan berlaku tidak lama lagi.

Hip: Apakah keistimewaan Aiman sehingga Hafiz sanggup mengambilnya bernaung di bawah label milik Hafiz sendiri?

Hafiz: Bagi saya Aiman adalah penyanyi baru yang berbakat besar. Sewaktu saya bertemu dengannya di dalam Akademi Nasyid, saya dapat lihat karisma dalam dirinya. Berbanding dengan peserta lain yang saya lihat masing-masing mempunyai pengalaman dalam bidang ini, Aiman adalah peserta paling kosong pengalamannya. Saya melihat Aiman seperti Mawi di Akademi Fantasia suatu waktu dulu. Saya sebenarnya lebih senang membimbing mereka yang tiada pengalaman dan segar kerana ia lebih mudah dibentuk. Walaupun dia bukan juara, namun atas alasan yang disebutkan tadi maka saya tanpa ragu-ragu terus menjadikan dia artis naungan saya.

Hip: Hafiz ingin bentuk Aiman jadi penyanyi yang bagaimana sebab melihat kepada konsep lagu dan imej, nampaknya agak tersasar dari konsep nasyid?

Hafiz: Aiman masih lagi berkonsepkan nasyid. Cuma nasyid yang dibawakan nanti berbeza sikit. Lagu nyanyiannya ada pelbagai tema termasuk cinta. Namun cinta yang dimaksudkan adalah lebih bersifat positif. Lagipun ia bersesuaian dengan usianya yang mencecah 19 tahun. Dan inilah juga konsep yang dimahukan Aiman. Insya-Allah album Aiman akan berada di pasaran pada Mac akan datang. Harap semua peminat Aiman dapat membeli albumnya yang asli.

Anonymous said...

Assalammualaikum & Salam Sayang untuk K.Aliyah...

Tersentuh saya dengan cerita K.Aliyah. Saya pun mula rasa seronok mahu jadi penulis/wartawan. Sementelahan pula, saya graduan kewartawanan.

Semoga diberi kekuatan untuk menulis & berdakwah menggunakan mata pena...

Saya ada cita-cita juga menerbitkan majalah akan datang, boleh ya timba pengalaman dengan K.Aliyah.

Saya doakan Anis bertahan...meneruskan perjuangan di bidang ini...

Salam ukhuwah,

Diana (Ex-Student Praktikal ANIS)

Anonymous said...

salam cik aliyah, cepatlah sambung cerita ni..

kak ummu

Anonymous said...

Ingat, seluruh persekitaran kita merupakan guru. Serugi-rugi manusia ialah mereka yang tidak dapat diajar oleh persekitaran. Pengajaran bagi orang ini pasti kurang. Kurang daripada ajaran berguna. Kita tentu berasa sakit hati, kalau orang menyebut kita ini kurang ajar!

Anonymous said...

Sumbatkan stoking dengan kapas sehingga ke bahagian tumit stoking.